Saturday, February 9, 2013

15 Februari menghantui diri!

Assalamualaikum!

Ada apa dengan 15 Februari??  Hohoo tarikh tu dah macam tarikh keramat je pulak rasanya. Seriously takuuuuuttt nak berhadapan dengan tarikh tu!  Lagi berapa hari eh.. Today 9hb kan.. lagi 6 hari je! In another words, seminggu je tinggal okay.  Fuhh! Berdebar rasanya.... Tau tak kenapa aku berdebar, takut, nervous gila macam ni?  Sebabnya segala apa yang aku buat akan terjawab dan menampakkan hasilnya..




Ini lah dia!  Ini la yang akan terjawab 15 Februari nanti.  Tau tak ape?  MY FINAL RESULT for Degree! Weehooooo!  Hope okay la kan.  Yg pasti memang mimpi lah nak dapat 4 flat.  Asik malas and main2 je mana nak dapat kan? Lagi pun ade orang lain yg lebih layak nak dapat 4 flat. Ehhh.. (poyo sangat nak merendah diri :p)  Dapat 3 pointer ke atas pun dah syukur alhamdulillah kan.  Yang penting bila result dah ok, just tunggu nak konvo je. Tak sabarnya!  (sebenarnya aku tak sabar nak photoshoot utk konvo. hahah)

Buku keras ni aku buat dengan sedaya upaya tau tak?  Jenuh nak siapkan isi2 kandungan kat dalam tu.  Ingat senang?  Boleh sasau jadinya kalau tak siapkan.  Sebab as a student, lagi2 final year student, mestilah aku nak buat yg terbaik. (ala2 budak AF cakap utk konsert setiap minggu :p) Kalau tak macam mana nak dapat A?  Haraaaapannnnnnn.. harapan menjadi layuuuuuuuuuuuuu.. Harapanlah jawabnya! 

Korang tau tak, bila tengok buku keras ni dah siap kat kedai, aku macam tak percaya! Unbelievable! Yelah, selalu dok tengok hasil usaha orang lain kat library semua kan, ni hasil usaha aku sendiri! Aini Sakinah, yang tak dikenali ramai pun! Tapi dah dapat menghasilkan buku keras ni. Poyosssss! Haha. Macam happy pun ada jugak bila tengok buku ni.  Ada kawan2 aku cakap nanti diorang nak buat lagi satu buku keras ni untuk simpan kat rumah.  Aku pun nak buat jugak lah! Nanti boleh tunjuk kat anak cucu..  anak?  cucu?  Fuh.. lambat lagi tu. Hihii.




Jangan jealoussssss I ada CD okay! :p

Haaa ni lagi la buat aku happy!  Ada CD sendiri tau!  Siap cover semua macam buat album okay. Aku happy tengok CD ni sebab bajet macam ala2 artis gitu ada album!  Hahaha..  Cuma kekurangan CD aku ni adalah tak boleh dipasangkan dalam kereta, atau mana2 VCD Player, boleh pasang kat laptop atau komputer je!  Sob sobbbb..  Sebabnya kalau pasang kat kereta pun korang tak dapat dengar apa2, kalau ada dengar apa2 tu aku tak tau lah kan bunyik apa...  (saja  nak bagi seram :p)  

Aku membayangkan aku masuk CD ni dalam kereta then aku dengar lagu aku berkumandang dalam kereta.. wahhh syok kot!  Tapi angan2 tinggal angan2 aje.  Semua tu aku hanya boleh bayangkan dalam mimpi, buat lagu sendiri, produce album sendiri, buat konsert sendiri and bla bla blaaa. Dalam mimpi aku time buat konsert mesti aku syok sendiri nyanyi sorang2 atas stage tu. Hahaa. Ehhhhhhhhhhhh.. Astaghfirullahalazim!  Lari topik!  Melalut je keja kan..  Ish ish.  Okay berbalik pada kisah CD berhantu yang takkan bersuara kt radio tadi,  aku akan dapat keputusan tentang CD tu lagi seminggu!  Keputusan tentang content2 dalam CD ni ok ke tak nak buat album degree.  Hikhikk (tak habis2 lagi angan2 mat jeninku)

So tugas sekarang adalah berdoa, berdoa dan berdoa!  Even tinggal lagi seminggu, still kena berdoa jugak kan.  Bukannya time nak jawab final, nak present, nak interview ape semua baru doa.  Doa kena hari2 and selalu, sebab doa seseorang mustahil lah untuk satu benda je kan.  Mesti banyak benda yg korang nak mintak and berharap kan..  So just berdoa siang malam ye kawan2.  Moga dimakbulkan, InsyaAllah :)


Thanks for reading :)


12 comments:

  1. sama la kita..tgu 15hb gak ni..hehehe btw untung la tajuk thesis pendek..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk pendek xpe.. tp isi kt dalam kena panjang lebar! haha

      Delete
  2. Replies
    1. tahniah for? result belum dpt lah dear. hehee

      Delete
  3. congratzzzz sgt2...i have 1 more sem b4 grade! cant wait :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. result belum dapat lagi. hope semua ok. 1 more sem? oh, okay. study mana?

      Delete
  4. good luck... hope everything okay... me tak tengok pun my hard cover report -.-

    ReplyDelete