Thursday, February 21, 2013

Ohhh Emm Geeeee!

Assalamualaikum :)

Pada tanggal 26 Januari 2013, perjanjian telah dibuat bersama keluarga untuk pulang ke kampung tercinta, Melaka kerana.... Emmm. Alaa tak ingat pulak masa tu balik untuk apa lah. Tapi yang pasti memang dah set dah 26 Januari balik kampung. Tak silap aku ada kenduri kahwin kot. Biasalah, aku ni rajin bebenor memenuhi undangan majlis perkahwinan. Ambik berkat katanya. Ahaks! :p

Tapi... ada sesuatu perkara yg telah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menangguhkan plan tersebut, ala bukanlah tangguh tu tak jadi balik, tapi balik lambat sikit. Hehe. Ayat tak boleh blah dah macam buat karangan Bahasa Melayu kat sekolah dulu je! Hahahaa. Okay2 macam ni actually, sepatutnya nak balik kampung pukul 10 pagi, tapi bila dapat jer berita ni.....


Rakan rakan, cuba tengok tarikh 26 Januari tu Siti kat mana... kat Bukit Raja ok! *menarinari*

Aku  baca je berita ni (berita ke ni? confuse jap. ) aku macam "OMG! OMG! Syukur Ya Allah! Inikah rezeki aku untuk berjumpa dengan idola aku buat kali ketiga?" Speechless!! Hello, I'm a die hard fan of Siti, so why don't I just meet her at Bukit Raja right? Dekat sangat kot! Kalau takde transport nak pergi jalan kaki pun aku sanggup. Hahahh! *gila sangat minah ni*

Sooooo ape lagii aku terus cakap kt mak aku, then mak aku cakap dgn ayah aku (macam biasa la proses seperti ini, macam passing2 bola :p), lepas tu ayah aku bagi green light. yeay! thank you ayah! tapi ada pesanan jugak tu, "jangan balik lambat sangat". *baik*

Sampai2 Jusco je, dengan pantas aku masuk Watson, then terus carik barang yg boleh dibeli. Dah faham dah nak dapat ambik gambar dgn Siti, mesti kena purchase barang above harga yg dah ditetapkan. So aku pun mula la nak pilih produk SimplySiti yg aku boleh beli. *niat nak support jugak tau ni*



Okay, untuk pengetahuan uolls, Kempen SimplySiti Di Hati ini adalah misi Dato' Siti Nurhaliza untuk membantu adik-adik yg memerlukan dana untuk menjalani pembedahan jantung. RM10 of your purchases will be donated to SimplySiti Di Hati. Kempen ni mendapat kerjasama daripada Watsons, IJN Foundation, RTM & Berjaya Hotel & Resorts.

Masa tu suppose Siti sampai pukul 1 pm. Tapi Siti lambat sikit. Tau tak kenapa? 


Haaaaaa nilaahh sebabnyaaaaa.. Hikhikk lawak tau kak Siti kita ni..

Then Siti pun sampai, and buat pertama kalinya, Siti berpenampilan baru, bertudung penuh, lepas Siti bertekad nak betul-betul bertudung masa birthday yg ke-34 hari tu. Cantik gila, comel gila, cun gila, semua yg gila2 lah bila nampak Siti! Makin comel tau!!


Ditemuramah oleh RTM. - Picture from SimplySiti Di Hati 2012


Aku orang ke-2 yg beratur nak jumpa Siti tau. Beratur depan2 kaunter tu. Hikhikk. Gambar tak berapa cantik sebab aku xbawak DSLR aku. So ni pakai camera berry berry je okay.


Uolls ada ke gambar dalam polaroid dgn Siti? HAHAHA. *gelakpoyoo* 
Lepas ambik gambar pakai camera masing2, semua yg dpt bergambar dgn Siti akan dpt 1 gambar ni for free, dikepilkan dgn kad tu skali.


This is the back of the card.


Sempat culik kak Rozi! Heheheh


Happy birthday to youuuu happy birthday to youuuuuu! Ok time ni Sitizoners buat surprise untuk Siti, celebrate birthday Siti yg baru lepas hari tu, 11 Januari :)  
- Picture from SimplySiti Di Hati 2012


Ada benda yg aku sakat Siti time nih. Aku gelak, Siti pun duk gelak. Hehee. Antara 3 kali aku jumpa Siti, ni la rasanya yg aku dapat cakap banyak sikit dgn Siti. Kalaulah dapat diulang kembali masa ni..... *dah dahh bersyukur aini bersyukuuuurrr*


Sori la eh aku memang crazy sikit bila dapat jumpa Siti nih. Kereta Siti pun aku nak ambik gambar jugak. Tak nampak Siti kt dalam takpe. Janji nampak no plat tuh. Hohoo.


Jealous tak tengok diary SimplySiti ni? Jealous tak?? Ahaha. Actually siapa yg purchase above harga yg ditetapkan tu, akan dapat free gift ni. Colour gold lagi tau! Hehehh. Tapi kalau korang nak tau sampai sekarang takde apa2 lagi yg tercatit dalam diary nih. Sayang weh! T_T


Semua yg dapat ambik gambar dgn Siti, kena ambik gambar dgn patung Siti ni jugak. Hehe. 
- Picture from SimplySiti Di Hati 2012

p/s: Fans Siti boleh jenguk website Siti Sentral ok :)


Thank you for reading ^_^






Saturday, February 9, 2013

15 Februari menghantui diri!

Assalamualaikum!

Ada apa dengan 15 Februari??  Hohoo tarikh tu dah macam tarikh keramat je pulak rasanya. Seriously takuuuuuttt nak berhadapan dengan tarikh tu!  Lagi berapa hari eh.. Today 9hb kan.. lagi 6 hari je! In another words, seminggu je tinggal okay.  Fuhh! Berdebar rasanya.... Tau tak kenapa aku berdebar, takut, nervous gila macam ni?  Sebabnya segala apa yang aku buat akan terjawab dan menampakkan hasilnya..




Ini lah dia!  Ini la yang akan terjawab 15 Februari nanti.  Tau tak ape?  MY FINAL RESULT for Degree! Weehooooo!  Hope okay la kan.  Yg pasti memang mimpi lah nak dapat 4 flat.  Asik malas and main2 je mana nak dapat kan? Lagi pun ade orang lain yg lebih layak nak dapat 4 flat. Ehhh.. (poyo sangat nak merendah diri :p)  Dapat 3 pointer ke atas pun dah syukur alhamdulillah kan.  Yang penting bila result dah ok, just tunggu nak konvo je. Tak sabarnya!  (sebenarnya aku tak sabar nak photoshoot utk konvo. hahah)

Buku keras ni aku buat dengan sedaya upaya tau tak?  Jenuh nak siapkan isi2 kandungan kat dalam tu.  Ingat senang?  Boleh sasau jadinya kalau tak siapkan.  Sebab as a student, lagi2 final year student, mestilah aku nak buat yg terbaik. (ala2 budak AF cakap utk konsert setiap minggu :p) Kalau tak macam mana nak dapat A?  Haraaaapannnnnnn.. harapan menjadi layuuuuuuuuuuuuu.. Harapanlah jawabnya! 

Korang tau tak, bila tengok buku keras ni dah siap kat kedai, aku macam tak percaya! Unbelievable! Yelah, selalu dok tengok hasil usaha orang lain kat library semua kan, ni hasil usaha aku sendiri! Aini Sakinah, yang tak dikenali ramai pun! Tapi dah dapat menghasilkan buku keras ni. Poyosssss! Haha. Macam happy pun ada jugak bila tengok buku ni.  Ada kawan2 aku cakap nanti diorang nak buat lagi satu buku keras ni untuk simpan kat rumah.  Aku pun nak buat jugak lah! Nanti boleh tunjuk kat anak cucu..  anak?  cucu?  Fuh.. lambat lagi tu. Hihii.




Jangan jealoussssss I ada CD okay! :p

Haaa ni lagi la buat aku happy!  Ada CD sendiri tau!  Siap cover semua macam buat album okay. Aku happy tengok CD ni sebab bajet macam ala2 artis gitu ada album!  Hahaha..  Cuma kekurangan CD aku ni adalah tak boleh dipasangkan dalam kereta, atau mana2 VCD Player, boleh pasang kat laptop atau komputer je!  Sob sobbbb..  Sebabnya kalau pasang kat kereta pun korang tak dapat dengar apa2, kalau ada dengar apa2 tu aku tak tau lah kan bunyik apa...  (saja  nak bagi seram :p)  

Aku membayangkan aku masuk CD ni dalam kereta then aku dengar lagu aku berkumandang dalam kereta.. wahhh syok kot!  Tapi angan2 tinggal angan2 aje.  Semua tu aku hanya boleh bayangkan dalam mimpi, buat lagu sendiri, produce album sendiri, buat konsert sendiri and bla bla blaaa. Dalam mimpi aku time buat konsert mesti aku syok sendiri nyanyi sorang2 atas stage tu. Hahaa. Ehhhhhhhhhhhh.. Astaghfirullahalazim!  Lari topik!  Melalut je keja kan..  Ish ish.  Okay berbalik pada kisah CD berhantu yang takkan bersuara kt radio tadi,  aku akan dapat keputusan tentang CD tu lagi seminggu!  Keputusan tentang content2 dalam CD ni ok ke tak nak buat album degree.  Hikhikk (tak habis2 lagi angan2 mat jeninku)

So tugas sekarang adalah berdoa, berdoa dan berdoa!  Even tinggal lagi seminggu, still kena berdoa jugak kan.  Bukannya time nak jawab final, nak present, nak interview ape semua baru doa.  Doa kena hari2 and selalu, sebab doa seseorang mustahil lah untuk satu benda je kan.  Mesti banyak benda yg korang nak mintak and berharap kan..  So just berdoa siang malam ye kawan2.  Moga dimakbulkan, InsyaAllah :)


Thanks for reading :)


Wednesday, February 6, 2013

Flowers & Ferrero Rocher

Assalamualaikum :)

Flowers! ok just wanna ask, what will uolls do when you get or received a bouquet of flowers? or to be specific, a bouquet of roses! and a box of Ferrero Rocher!! WOW!


Cantik takkkkkk? *_*

Okay, actually I got this flower or roses for my 2nd anniversary with Mr. HZ! So sweet! This is really surprised me.  tapi cuma aku dah nampak and dia dah tunjuk masa nak letak barang kt kereta dia. hikhikk. tapi takpelah, sebab mcm tak expect langsung HZ nak bagi bunga! Pernah berangan dapat2 bunga ni, and baru ni la jadi kenyataan! 

But I didn't do anything that surprised him like he did, just order cupcakes from my friend! and HZ cakap dia tak kisah pun, janji ikhlas. hee :)


 Cupcake dah senget benget and agak cacat sikit sebab dah tergolek dalam kotak tu. Ingatkan melekat kt situ. hihii. 


Cupcake ni boleh tahan la sedap jugak tau.. siapa2 nak order, boleh add business page dia kt FB ok? >> Khaira Cuppies . 
Add je and then korang boleh tengok macam2 gambar cupcake kt photo dia. not bad lah! nak ambik pun kt shah alam je. dekat sgt... yang jauh2 tu cari yang kt area rumah korang lah ye. bukan ape, kang susah pulak. tapi dia ni boleh deliver jugak rasanya. try la ok! hehe :)
Aku order cupcake ni 6 je, tapi katanya kotak untuk 6 cupcake dah ilek, so dia bagi yg 9 punya! tapi harga still untuk 6 cupcake. thanks Khairiawani ! *hugsss*


US



Nak tengok tak macam mana seorang abang melayan adik? dengan aku sekali kena main game! hahahah!



Ni la contoh abang mithali. eh? :p

Punya la seronok budak 2 orang ni kannnnnnnnn.. ni nak mengisi masa sebelum tengok movie la masing2 ni. Kitorang tengok movie 'The Last Stand' lakonan abg Arnold kita yg gagah tu okay. cerita dia pun best! tak rugi pun tengok. tapi agak ganas kata HZ. huhuu.


Seronok jugak masuk Toy R Us dengan diorang ni tau tauuuu. sebab nanti aku boleh tengok aksi-aksi diorang main patung batman, spiderman yang boleh gerak-gerak tuh. hahaa


Aku dengan automatik jadi mcm budak-budak bila kt Toys R Us ni. HZ pun sama gak! :p


Outfit of the day! *19th January 2013*

Hahh. kalau korang nk tau, sepatutnya kitorang balik dengan balance Pizza Hut yg tak habis masa lunch, tapi, boleh pulak masing-masing tak ingat nak ambik. tertinggal kt pizza tu! Masa dah nak tengok movie kot baru perasan takde sape-sape pegang pizza. Teruknya kitorang! hahahaha


Thank for reading! :)