Tuesday, January 29, 2013

Kotak hitam be'riben' biru ;)

ASSALAMUALAIKUM READERS! (ada ke readers? -.-")



Inilah dia kotak hitam be'riben' biru macam tajuk kt atas tu! Hihi

Korang tau tak ape ade dalam kotak tu? haaaaaa.. jeng jeng jeng! (kau jangan nak perasan sangat aini, takde sape pun nak tau -_- 

Tak kesahlah kan ade orang nak tau ke, tak nak tau ke, aku tetap nak bagitau! Heheh. Ni la dia hadiah birthday aku yg dah berkurun lepas tu! hikhikk.. kiranya ni sebenarnya hadiah tahun lepas. haa senang cakap kan. tapi disebabkan birthday aku bulan 12, take note ye kawan-kawan, my birthday is on 5th December (saja suruh take note, sebab nak korang bagi hadiah untuk tahun ni punya! :p) .. Orang yg bagi hadiah ni, bagi bulan ni la kot tak silap. ha betul lah.. bulan 1. 5hb hari tu. ceh ingat!! (kt phone ada tulis date act).


They day. toilet jugak jadi tempat favourite -_-
Pashmina: Pemberian from Dalilah 
Top/Dress: Ummiriaz Collections 


SEOUL GARDEN! Lupa nak snap pic adik aku, dia teruja betul dapat makan sebab dia tak pernah makan. Haaaa ni kan ada orang dah belanjaaaaa hikhikkk


Adikku yang comel dan si pemberi hadiah *_*

Hahh! tau tak aku dapat hadiah ape? agak-agak dalam kotak kecik mcm tu ade ape? teddy bear? takkan laa kecik sangat. aku suka teddy besar sebab kalau peluk best! hehee. em, accessories? aku tak rasa dia belikan accessories utk aku sebab dia tengok accessories aku pun dia dah pening kepala. banyak na! hihiii.. cincin? aiii besar betul kotak! mcm nak bagi 10 cincin pulak.. ehehe. masa untuk memberi cincin pun belum agak sesuai.. hewhewww. ahhh. malaslah pulak nak berteka-teki kann... cuba tengok apa dalam kotak ni..


Haaaaa.. tadaaa!! purse rupanyaa. hahaa. puas ek berteka-teki mcm orang gila. Thanks En. Hadi kerana memberi purse ni. suka sangat! Akan ku jaga bagai menatang minyak yg penuh. Hikhikk :p

*purse berwarna putih sebegini harus dijaga dengan rapi ye, bak kata mak aku, kang ada yg bertukar colour. maklumlah, aku ni kadang2 tau jaga barang, kadang2 tak tau. hehehh

Thanks for reading people!


Tuesday, January 15, 2013

Bergendang bergendangggg

Assalamualaikum! 

This is my 1st post utk tahun 2013 ni. Wahhh! Hahahaa. Terasa nak post sebab ade la benda yg nk diluahkan. But not here. This post actually nak cerita pasal aku pergi Sarawak hari tu! Last 4 days. On 11th January. Time birthday Dato' Siti Nurhaliza tuuuuuuuu. #HappyBirthdaySitiNurhaliza. (hashtag ni menyebabkan ada my friends sendiri yg unfollow aku. Entah apa apa entah?)

Ok bila dah sampai kat hotel kat Bintulu tu, apa lagi, terus tido lah! Flight pukul 7.30 pagi kot! 4 pagi dah kena bangun tau tak? -_-




Makan on the 1st day tu untuk lunch dengan dinner makan dekat rumah kak Fazlin, anak uncle Fatah. Oh lupa, aku pergi Sarawak ni tujuan utama sebab nak mengantar untuk wedding kak Fazlin ni ler.  Sebabnya masa kak Fazlin punya wedding kt Sijangkang, kami semua tak dapat nak pergi sebab ade cousin punya wedding kt Johor tak silap. So cousin harus diutamakan! Hehee. So disebabkan ayah aku rapat dengan uncle Fatah ni (kawan baik sama sama kerja kt Northport), kitorang pun join lah pergi mengantar untuk sebelah suami kak Fazlin ni pulak. Tapi wedding is on Sunday, so hari Jumaat dgn Sabtu kira mcm holiday lah kot? Hihii.


Majlis berinai on Saturday night. Excited pulak tengok! Terbayang-bayang bila aku pulak kahwin nanti.. Ececehh


Hari sabtu lah masa untuk bershopping! Ngeeeee. Actually the night before ayah aku dengan adik aku si Husna tu dah reeky dah City Mall ke apa entah nama dia. Jalan kaki je tau! No need transportation. So hari sabtu tu, lepas breakfast, terus pegi sana. Haaaaaaa ambik kau nk dekat RM600 habis! Beli tshirt, baju batik dengan kicin je pun. Tapi sebab beli dengan kuantiti yg banyak, tu yg beratus jadinyaaaaa. Hukhukk -_-

Malam tu kitorang dijemput ke majlis bergendang! Aku pun tak tau apa benda la majlis tu. Dengar mcm lagu Siti pun ye jugak. 'Berdendang mari berdendang, berdendang di seluruh alam....' eh ni bukan lagu raya ke? -_-
Sampai-sampai je, dengar suara orang perempuan menyanyi, tapi mcm terjerit-jerit, tapi bila kt rumah tu tak nampak pun siapa yg nyanyi. sebab perempuan tu duduk je kt dalam. Then ada yg menari kt luar, adik aku kata mcm dondang sayang. Yg kat luar semua menari berpasangan. Ada yg menari zapin, tapi ada yg menari mcm dondang sayang lah kot? Entah aku tak penah la tengok dondang sayang -_-
Tapi macam tak habis-habis majlis tu. Aku nak tido kt hotel pukul 2 pagi pun dengar lagi orang nyanyi-nyanyiii. Memang kalau buat wedding kt Sarawak kena ada ek majlis tu? Huhuhuu.

Ahad tu wedding! And kalau korang nak tau, majlis kahwin kat Sarawak ni bukan mcm kt Semenanjung.  Majlis start dalam pukul 8.30 pagi, then tengahari pukul 12 dah habis. Senang kan buat majlis macam ni? Takdelah kacau time solat. Tapi yg tak bestnya sebab kena bangun pagi-pagi. Huu. Lepas tu mak aku cakap, kalau ada catering yg boleh hantar pagi takpelah, kalau takde? -_-
And macam biasa, aku turut menyumbangkan suara yg xseberapa ni kt dewan tu. Hikhikk. Lagu Bossanova dengan Ombak Rindu, duet dengan adik pengantin, si Faris.




Kak Fazlin & Abg Wan. Congratsssss!! 

VIP Semenanjung tuh. Kau ado? :p

Petanggg tu dalam pukul 5 kitorang dah kena check out sebab nak pergi airport! Flight ke Semenanjung pukul 7.30 malam. Goodbye Sarawak! :)

*Terfikir-fikir pasal wedding aku nanti. Terasa mcm nak buat mcm kt Sarawak je. Pagi sampai tengahari. Heheehhh. (cakap mcm la dah nak kawin :p)


Aiyarkk buruk sungguh time nak balik! -_-